Teks : Irda Rina
Foto : Irda Rina / Carian Google
Sebaik sahaja seseorang itu meninggal dunia, semua hartanya akan dibekukan. Maka, apakah kesan-kesannya jika seseorang itu TIDAK meninggalkan wasiat semasa hidupnya?
Foto : Irda Rina / Carian Google
Sebaik sahaja seseorang itu meninggal dunia, semua hartanya akan dibekukan. Maka, apakah kesan-kesannya jika seseorang itu TIDAK meninggalkan wasiat semasa hidupnya?
Kesan terhadap diri sendiri setelah meninggal dunia :
1. Hutang dunia lambat atau tidak dilunaskan.
2. Badal haji lambat ditunaikan sekiranya waris tiada
simpanan lain, tiada manfaat takaful dan menunggu harta pusaka si mati
semata-mata. Jangan lupa akaun Tabung Haji si mati juga beku!
3. Hutang-hutang lain dengan Allah (zakat, fidyah, kafarah,
nazar) tidak ditunaikan kerana mungkin waris tidak mengetahuinya dan akibatnya
ia tidak dilangsaikan.
4. Amanah terhadap orang lain tidak ditunaikan atau lambat
ditunaikan.
Hutang halang masuk syurga. Siapa yang tidak mahu masuk syurga?
Kesan terhadap waris :
5. Pentadbiran harta pusaka boleh memakan masa
bertahun-tahun kerana tiada wasi. Ini melambatkan proses pengagihan Faraid.
6. Lebih menyulitkan sekiranya dalam tempoh tersebut ada
waris lain yang meninggal. Ini menjadikan kematian berlapis dan harta perlu
dikongsi pula dengan waris-waris kepada waris yang meninggal tadi.
Banyak tanah tidak dapat dimanfaatkan
7. Boleh jadi kemungkinan waris termakan harta anak yatim
secara sengaja ataupun tidak. Nauzubillahi min zalik, minta dijauhkan.
8. Boleh jadi menyusahkan dan membebankan balu, anak-anak
dan waris-waris lain.
9. Rumah, tanah dan kereta tidak dapat dijual selagi
pentadbiran dan pengagihan harta pusaka masih tertunggak.
10. Banyak nama dalam satu geran. Maka proses penjualan
hartanah tersebut akan menjadi lebih susah kelak.
Banyak nama didalam geran.
11. Insurans / takaful kereta tidak dapat diperbaharui. Kalau
dapat diperbaharui pun, jika tiba-tiba berlaku kemalangan, mangsa tidak boleh dapat pampasan insurans
/ takaful.
12. Setelah 7 tahun, wang dalam akaun simpanan akan pergi ke
bahagian Wang Tidak Dituntut, Jabatan Akauntan Negara kerana tidak aktif (tiada transaksi).
13. Pentadbiran harta pusaka akan jadi lebih lama lagi jika
melibatkan tuntutan harta sepencarian pula.
14. Tiada harta diperolehi oleh bukan waris, walaupun si
mati sangat sayangkannya.
15. Bagi jumlah nilaian keseluruhan harta yang melebihi
RM2juta, waris perlu mencari 2 orang penjamin yang sama nilaiannya dengan
harta. Mungkin waris dapat jumpa orang-orang yang mempunyai nilai harta yang
sama, tetapi belum tentu orang-orang tersebut sudi menjadi penjamin.
16. Boleh timbul ketidakpuasan hati dan pertelingkahan
antara waris, mengakibatkan perpecahan keluarga. Yang ini sudah banyak contoh
berlaku disekeliling kita.
Kesan terhadap masyarakat Islam :
17. Lebih banyak tanah-tanah orang Islam tidak dapat
diusahakan akibat pembekuan harta, seterusnya tidak dapat dimanfaatkan.
18. Umat Islam di Malaysia akan bertambah rugi kerana
kekayaan yang tidak diagihkan. Setakat 2015, sudah lebih 66 billion harta Umat
Islam tertunggak.
19. Zakat dari harta-harta tersebut tertunggak. Kalau banyak
harta beku maka lagi banyak zakat tidak dirasai oleh golongan asnaf.
20. Boleh menyusahkan pemiutang-pemiutang yang menunggu
pembayaran untuk dimanfaatkan.
Siapakah yang patut dipersalahkan jika semua ini berlaku? SI
MATI yang tidak buat perancangan semasa hidupnya? Atau WARIS-WARIS yang tidak
menyempurnakan urusan?
Perkara baik jangan ditangguh-tangguh...
Irda Rina Kamarulbahrain
Perancang Harta Pusaka Islam
017-3676 177
No comments:
Post a Comment