Wednesday 15 February 2017

Perkhidmatan Yang Ditawarkan

Teks : Irda Rina
Foto : Irda Rina



Saya merupakan Perancang Harta Pusaka Islam yang dilesenkan oleh as-Salihin Trustee Berhad, sebuah Syarikat Amanah yang ditadbir di bawah Akta Syarikat Amanah 1949. Disamping itu, saya juga merupakan Perunding Takaful yang mewakili PrudentialBSN Takaful

InshaaAllah, saya bersedia memberikan khidmat nasihat professional berkenaan PERANCANGAN dan PENTADBIRAN harta pusaka untuk semua masyarakat Islam di Malaysia, di mana-mana tempat mengikut keselesaan pelanggan atau secara online.

Perkhidmatan yang saya tawarkan termasuk :

  • Khidmat pelantikan Wasi bagi mengurus pentadbiran dan pengagihan harta selepas kematian.
  • Khidmat pelantikan Penjaga Harta Kanak-Kanak.
  • Khidmat nasihat dan dokumentasi Wasiat mengikut faraid untuk waris, dan wasiat 1/3 untuk bukan waris. 
  • Khidmat perancangan penyelesaian hutang setelah kematian.
  • Khidmat nasihat dan perjanjian bagi harta sepencarian, hibah dan amanah.
  • Khidmat nasihat tentang Faraidh, wakaf, sedekah dan perwarisan harta pusaka Islam. 
  • Khidmat nasihat tentang pelantikan Pemegang Amanah Harta bagi pelanggan yang mempunyai waris dari kalangan Orang Kelainan Upaya (OKU).
  • Khidmat perancangan awal tentang Pemegang Amanah Harta bagi menghadapi risiko Alzheimer. 
  • Khidmat nasihat Takaful. 
  • Khidmat nasihat tentang pentadbiran harta pusaka. 
  • Khidmat pentadbiran harta pusaka bagi kematian yang berlaku tanpa meninggalkan wasiat. 
Kesemua khidmat nasihat dan konsultasi yang saya tawarkan adalah PERCUMA tanpa mengira berapa banyak konsultasi atau perjumpaan rundingan yang dijalankan. 

Bayaran yuran hanya dikenakan ke atas dokumen mengikut perancangan yang dipersetujui oleh pelanggan. 

Bayaran yang berpatutan juga dikenakan bagi khidmat pentadbiran harta pusaka setelah kematian, sekiranya ditadbir urus oleh as-Salihin Trustee Berhad. Tiada bayaran dikenakan sekiranya pentadbiran dilakukan oleh waris. 

Untuk maklumat lanjut dan konsultasi professional PERCUMA tanpa had

Whatsapp atau hubungi saya di talian 017-3676 177


Irda Rina Kamarulbahrain
Perancang Harta Pusaka Islam

No comments:

Post a Comment