Teks : Irda Rina
Foto : Irda Rina / Carian google
Minggu lepas saya menerima mesej dari
dua client yang berbeza. Kedua-duanya perempuan.
Kedua-duanya menghadapi masalah yang sama, iaitu
urusan pentadbiran pusaka Allahyarham ayah belum dapat
diselesaikan
kerana menemui jalan buntu.
Buntu kerana IBU tidak mahu harta pusaka ditadbir urus.
Buntu kerana IBU tidak sepakat bersama waris lain.
Kenapa?
Sebab ayahnya meninggalkan seorang isteri (ibu client) dan anak perempuan semuanya.
Kerana tiada anak lelaki, maka mengikut hukum Faraid, ibu serta semua anak perempuannya perlu berkongsi tanah, berkongsi harta dengan
adik beradik Allahyarham ayah.
Itu yang buat ibu tidak mahu.
IBU takut kalau-kalau terpaksa berpindah.
IBU takut kalau-kalau rumah yang mereka duduki terpaksa dijual.
IBU takut kalau-kalau ipar duainya mahukan hak ke atas rumah dan tanah yang diduduki.
Dulu rumah dan tanah atas nama ayah saja. Sekarang perlu berkongsi ramai pula. Dan ibu tinggal di atas tanah yang bakal mempunyai pemilik yang ramai. Bukan saja dikalangan anak-anaknya, malah dengan ipar duainya.
Bukanlah hendak kata ipar duai bakal membawa masalah.... tidak semestinya. Cuma hati ibu tadi rasa tidak seronok. Ibu tidak mahu berkongsi. Tapi... mahukah yang lain-lain melepaskan hak mereka dan beri kepada ibu sepenuhnya?
Sukar kalau menemui jalan buntu begini.
Hutang-hutang ayah, perlu diselesaikan segera.
Tetapi semua wang tunai masih dalam bank, masih dalam akaun Tabung Haji.
Harta pusaka belum ditadbir lagi.
Nak nasihat lebih-lebih pun, ibu sendiri.
Salah cakap, ibu boleh kecil hati.
Terus berdoa agar dibukakan jalan
Mudah-mudahan dapat segera diselesaikan
No comments:
Post a Comment