10 LANGKAH KONSULTASI

Langkah 1
Hubungi saya melalui mana-mana kaedah yang berikut :

Langkah 2
Tetapkan temujanji di tempat yang bersesuaian atau perbincangan online juga dibolehkan, jika lokasi berjauhan.

Langkah 3
Saya akan beri penerangan dan konsultasi percuma sama ada melalui online atau semasa temujanji. Kebiasaannya sessi penerangan dan konsultasi mengambil masa sekurang-kurangnya satu jam atau lebih termasuk perancangan yang dicadangkan.

Langkah 4
Senaraikan waris-waris anda, hutang-hutang anda serta asset-aset anda. Nyatakan hasrat anda tentang pembahagian harta anda termasuk hasrat untuk bersedekah jariah atau mewakafkan aset tertentu.

Langkah 5
Sekiranya anda bersetuju dengan perancangan yang dicadangkan dan bersetuju untuk mendokumentasikan Wasiat anda agar ia terpakai disisi undang-undang, bayaran deposit RM200 dikenakan untuk penyediaan Draf Wasiat. Kemukakan Kad Pengenalan anda untuk pengesahan dan salinan pejabat. Draf Wasiat kebiasaannya siap dalam tempoh 3 hingga 5 hari bekerja.

Langkah 6
Draf Wasiat akan di'email'kan kepada anda atau dihantar kepada anda jika anda tiada email.

Langkah 7
Maklumkan kepada saya sekiranya ada perubahan atau pembetulan yang ingin dibuat pada Wasiat tersebut.

Langkah 8
Sekiranya anda bersetuju dengan pembetulan yang dibuat, Wasiat (serta Perjanjian / Deklarasi lain, jika ada) akan dihantar sendiri atau dipos (bagi yang jauh) kepada anda untuk ditandatangani di hadapan dua orang saksi lelaki dewasa yang waras. Bayaran baki mengikut sebutharga yang dinyatakan oleh as-Salihin Trustee Berhad perlu dijelaskan selewat-lewatnya semasa Wasiat ditandatangani. Bayaran boleh dibuat secara tunai (resit sementara akan diberikan) atau terus buat pemindahan online ke akaun as-Salihin Trustee Berhad.

Langkah 9
Setelah ditandatangani, Wasiat anda akan dihantar ke pejabat aS-Salihin Trustee Berhad.

Langkah 10
Anda akan memperolehi salinan Wasiat (serta Perjanjian / Deklarasi lain, jika ada) bersama CD inventori dan Kad Penyimpanan Wasiat. Salinan asli Wasiat dimaterikan dan disimpan di bilik kebal as-Salihin Trustee Berhad.


Setelah berlaku kematian, wasiat akan dibacakan dihadapan waris-waris mengikut temujanji yang waris tetapkan. Wasi akan menguruskan pentadbiran dan pengagihan harta pusaka termasuk urusan sedekah dan wakaf sepertimana yang pewasiat hajati dan disepakati oleh waris-waris.

No comments:

Post a Comment